Thursday, April 23, 2009

ExAm Oh ExAm....

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah...

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.

Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘e
xam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa be
rulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yan
g menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kep
ada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;


"Lulusan syurga ataupun buangan neraka"

Ini bukan aku yg tulis..hehehe...sekadar cebisan yang boleh dikongsi bersama..Hadapilah Ujian dengan sebuah senyuman..jangan putus asa dan beserah sahaja..mesti ada USAHA+DOA+TAWAKAL



2 comments:

view said...

good artikel!!

HanYa DiriKU.... said...

tq bro..pening gak waktu exam...hahahahh

Live Love Hope DreAm wiTh You

Daisypath Anniversary tickers

AKu adaLah Aku

AKu adaLah Aku