Friday, April 29, 2011

KKDK n ME???

salam semua...entry kali ini adalah berkaitan dengan KKDK..ada yang tak tahu apakah KKDK itu..ada yang kata KELAB KAWAN DAN KELUARGA, KELAB KAWAN DAN KEKASIH, KELAH KECOH D' KECOH banyak lagi lah term yang keluar pasal KKDK nie..sebenarnya KKDK adalah KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA..kalau nak tau kelab ini adalah keluargaku yang kedua di UTHM..tanpa kelab ini hidupku malap dan tiada kenangan aku di UTHM (amik mode nak abes katanya)..serius beb..kelab ini lah membawa diriku kepadasesuatu yang baru..hidup penuh ceria dengan gelak tawa, walaupun nangis pun dikongsi bersama..memang tak dapat dimana-mana kelab pun..nak tau rahsia nya..satu je..die boleh membuat kami semua bersatuu iaitu kekeluargaan.kelab ini sangat hebat dengan konsep familiness...ada abang, ada kakak, ada adik, ada ibu,ada bonda, anda babah, ada mummy,ada yang kachak, adayang comey, ada yang babyface,ada amma, macam-macamlaa..kalau nak tau, jom masuk kelab nie..suree kowang akan tersenyum sampai kowang grad;) ini baru intro jer...huhuhu

k..mai sini aku nak habaq camaner aku leh terlibat dengan KKDK nie..ceriteranya bermula dari Karnival Aktiviti Pelajar (KAP)..masa ini adalah pameran booth oleh semua kelab dalam UTHM..jadi aku pun pergi ngn sahabat-sahabatku kununnya nak mendaftar kelab la..huhu..dan sebenarnya memang target aku nak cari kelab berunsur kaunseling sebab masa politeknik dulu aku ahli PRSP(Pembimbing rakan SISWA)..lebih kurang la kan..round-round dalam DTII tu..tenampak la nama KKDK nie..rase macm teruja pun ada sbb nye aku tgk yang jaga booth tue sangat beketrampilan..kalau tak silap sya nana yg suh aku masuk kelab tu bile aku lalu kat depan booth tu ;) k pastu aku mendaftar la bayaran rm 3 kalau x silap..dapat membership card ..k itu lah first tyme aku mengenali KKDK..lebih dekat lagi aku pergi ke program pertama aku dalam KKDK ni iaitu MALAM JALINAN di DK3..memang bestlah sbb ramai jugak ahli yang datang..kat sini aku kenal organisasi kelab KKDK..mase tu pimpinan abg zai ;) kat sini jugak aku kenal ngn aizat zayyani sbb bile aku kenalkan diri org melaka die terus pusing belakangg..hahaha..dari situ kitaowng kenal dan sama exco..exco apa dah lupa dah..hahaha..n satu sem tu aku tak join program pun ngn KKDK..n last semester ada AGM..tapikan yang lucunya aku masuk bertanding..haha..macam tak percaya..first time kena berucap kat depan dgn manifesto pun aku gune pantun je..hahah..masuk pun suka2x je coz yelah satu sem tak join program..mestilah ramai tak kenal kan..hahaha. jadi undian tidak memihak kepada sy..huhu..n peralihan kuasa telah berlaku dari pimpinan abg zai ke tampuk pemerintahan BON..n start je semester 2, aku di pilih menjadi rakan exco produksi n multimedia dibawah exco aishah..dan masa tu ada program AGENTT..masa program ini aku tersangatttt pendiaamm sbb aku x kenal sapa-sapa pun dalam nie..tapi itulah..sifat kekeluargaan itu sangat kuat..aku boleh masuk dalam situasi dan keadaan diorang..disinilah mengajar aku erti kasih sayang sesama kawan ;) masa dibawah exco ini, banyak benda aku belajar..buat poster program,banner program, tag nama,montajdan semuanya berkenaan dengan multimedia..dari sini aku memahirkan diri aku dalam wat kerja2x multimedia..hope kowang semua berpuas hati apa yang telah aku lakukan sbb nya diri ini pun masih belajar..selepas itu aku diberi kepercayaan oleh BON untuk menjadi ketua biro publisti karnival kerjaya..ini adalah satu event besarrr punyer..sbb masa ni menteri datang merasmikan karnival nie..jadi aku sahut cabaran(cewaah) sbb maybe dapat menimba pengalamn baru kan..n selepas itu banyak job bekenaan multimedia diberikan kepada aku..terima kasih KKDK ;) n sampai AGM yang kedua..terkezut aku apabila aku diumumkan menjadi salah sowang MT dalam sesi ini..tampuk pemerintahan jefryral..aku dilantik sbgai TP2..ini adalah kepercayaan yang paling tinggi yang pernah aku terima dalam hidup..dan sampai sekarang aku masih addict dengan KKDK walaupun sudah begelar MANTAN ;)

WANITA SELURUH DUNIA..

salam semua..jom layan lagu ini dari kumpulan projek pistol...kerana diriku menghargai semua wanita diluar sana...

manusia oh manusia...

salam semua..semua sihat ka??hehe..ntah la hari ini macam nak luahkan sesuatu tentang perangai manusia sekarang..salah satunya ialah iri hati..banyak gak sikap manusia yang tidak disenangi tapi kalau nak citer semua memang la panjanggg tak terkata..perasaan iri hati..ada apa dengannya??cuba kita fikir balik..setiap orang ada sifat keistimewaannya tersendiri..mengapa perlu ade perasaan ini..tahukah anda perasaan iri hati boleh membuat kita tidak hidup tenang..??selalu kalau didalam Universiti..ada yag iri hati kawannya mendapat grade dan pointer yang bagus dalam exam,dan mungkin kawan dia adalah lebih bagus dalam membuat assignment or project..tetapi kenapa perlu irihati??tak tahu lah kenapa perasaan ini muncul dlm hidup manusia..tapi ada kalanya bagus kalau iri hati terjadi untuk meningkatkan dirinya ke arah kejayaan..maybe ada pro n contranya disini..k djom kita baca untuk menghilangkan perasaan iri hati ini...bersama-sama menambah ilmu didada ;)

Hampir setiap orang pernah merasakan iri hati yang sangat tidak mengenakkan. Yang dimaksud dengan iri hati adalah menginginkan anugerah yang ada pada orang lain, baik disertai dengan keinginan supaya anugerah tersebut hilang dari orang yang dimaksud ataupun tidak. Iri hati merupakan penyakit yang bisa menimpa siapa saja terutama orang yang balum sempurna akalnya, misalnya anak remaja.

Kadang orang tidak tahu mengapa tiba-tiba di hatinya ada rasa iri pada teman atau saudara sendiri. Iri biasanya terjadi karena orang lain memiliki kelebihan bila dibandingkan dengan dirinya baik yang berkaitan dengan hartanya, kecantikannya, kepintarannya, kedudukannya, dan apa saja bisa menjadi sebab munculnya rasa iri.

Siapa pun akan merasa tersiksa bila di hatinya ada rasa iri, dia tidak senang dengan anugerah yang diperoleh orang lain dan dia sendiri tidak mampu untuk mendapatkannya. Bahkan yang lebih parah lagi, ada orang yang iri rela menderita asal anugerah yang didapat orang lain hilang. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk dan akan merugikan diri sendiri. Memang iri hati datangnya tiba-tiba dan tak dapat dibendung, namun orang yang baik akan berusaha menghilangkan rasa itu sebisa mungkin dan tidak menampakkannya. Ada beberapa cara untuk mengatasi iri:
Yang pertama menerima dengan ikhlas semua ketentuan yang Dia tetapkan bagi tiap makhluk baik sedikit ataupun banyak. Yang Maha Kuasa tidak akan salah dalam memberi, maka tidak ada alasan untuk iri pada orang lain. Ada yang diberi banyak dan ada yang sedikit. Tidak ada satupun cara yang bisa dilakukan untuk merebut anugerah tersebut dari orang lain.
Berdoa kepada Yang Maha Kuasa supaya dihilangkan rasa iri di dalam hatinya.
Menumbuhkan rasa syukur atas nikmat yang Dia berikan dengan cara melihat keadaan orang di bawahnya, bukan melihat orang yang ada di atasnya dalam hal kekayaan, kecantikan, dan sebagainya.
Ketika muncul rasa itu segera dihilangkan dengan cara menyadarkan diri bahwa orang yang mendapat nikmat tersebut adalah saudaranya, jadi hanya kebaikan yang diharapkan untuk saudaranya.
Mengucapkan selamat pada teman atau saudara yang mendapat kebaikan, ini sangat efektif untuk menghilangkan iri hati.
Mendengarkan kata hati untuk terus menyibukkan diri dalam memperbaiki diri.

Demikianlah beberapa cara untuk mengatasi bila iri muncul di hati. Kekayaan sebenarnya adalah kaya hati yaitu merasa cukup atas semua pemberian Ilahi dan tidak menginginkan apa yang ada pada orang lain kecuali iri karena ilmu atau kebaikan seseorang yang membuat kita ingin mencontohnya.


ok..harapan diriku supaya perasaan ini perlu dibuang jauhhh untuk menyatukan kita sesama masyarakat agama,bangsa dan negara..insyallah..sayang semuaaa ;)


Wednesday, April 27, 2011

CuAca PANAs...



salam semua..hari ini sayer mau berkongsi info mengenai cuaca panas yang baru-baru ini melanda bumi kita..syukur alhamdulilah kita diberi panas dan hujan untuk hidup muka bumi ALLAH..akan tetapi mungkin disebabkan tangan-tangan manusia ini menjadikan muki bumi ALLAH ini panas dan semakin panas..Wallahualam..jom kita baca dan mungkin boleh mencegah sebelum ia menjadi penyakit kepada kita....

CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini.

Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot.

Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.

Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain.

Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung.

Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.

Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya.

Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.


Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?


Minum banyak air

Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air.

Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.


Ubahsuai diet anda

Elakkan makanan pedas atau berat. Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.


Rasional dalam melakukan senaman

Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.


Pilih pakaian yang sesuai

Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.


Elakkan perangkap haba

Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.

Fakta :-


Kesan haba panas pada tubuh
20° Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25° Celsius - peluh biasa.
30° Celsius - Ketidakselesaan.
40° Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45° Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.

sumber : Tranung Kite

Tuesday, April 26, 2011

new born ;)

salam semuaa..ni nak citer niee...saya dapat anak sedara baru yg sungguh comey macm uncle dyer..hahahaha...syukur alhamdulilah kakak n abang saya(fitri mariam) teleh selamat menimang cahaya mata yang kedua..baby gurlz..nama diberi NUR AUNI ALWANI yang bermaksud cahaya ketenangan berwarna warni..secomel baby nye juger..jadi anak sedara sy skunk sudah ada 2..yang pertama nama nye NUR NAJLA SYAIMA yang berumur setahun setengah ;) skunk 2-2 budak tomey ni dah ade kat melaka...jiwa memberontak ni nak balik melaka tapi apakan daya..mau setel dulu keje tertangguh kat parit king terchenta ini..(tesiss kenapakah kau buat aku tensen)...papepun nanti ami yie balik yer ..bawak mainan..hehehe ;)

ini gambau my anak sedagher;)...

inilah NUR AUNI ALWANI berat die 3.3 semasa lahir..2nd cutest princess in my life;)
ni pulak kakak dier NUR NAJLA SYAIMA..the 1st cutest princess in my life ;)

ini ada some video si cilik najla ;)

video

video

riang ria bersama sayaaaa...najla cumel...huhuhu ;)

ConTesT BloG SaYa SmaRT ;)

salam semua...huhu..pas join contest CG..saya diseru pulak oleh CG untuk masuk contest ni..kalau nak kata semart tu..errm....huhuhu...tq CG coz tag sayerr ;) ini adalah banner contest tu..yang telah di reka dan dibuat oleh cik QISTINA ..




Kat bawah nie adalah syarat dan hadiah pertandingan yang di copy terus dari tuan punyer contest..

Syarat penyertaan contest nie mudah jew..

1. wajib follow blog nie..


2. terbuka kpd semua owg k...


3. buat satu entry mengenai contest nie n tag kpd 4 owg..x kisah laa sapa pown


4. last sekali...tinggalkan link kowg dkt comment box bwh entry nie


Info :


Tempat pertama akan menang RM 150


Tempat kedua lakk RM 100


Tarikh tutup 20 Mei 2011..tarikh nie x akan di ubah...

dan dengan secara bangganyerrr saya tag kawan-kawan saya ;)


selamat mencuba kekawannnnn ;)

Monday, April 25, 2011

CONTEST KITA KAWAN KAN?

salam semuaa..hhahaha...first time masuk contest n cecuber je nie..cecukerr jer..hehehe..k kalau kowang nak tau cik gojes telah membuat contest mengenai picture anda yang mempunyai maksud tersendri dalam sebuah persahabatan...suwittkkannn....sesape nak join leh click kat pic banner bawah ni atau di side bar k..tarik tutupnya adalah hari ini sebelum 11.59 malam..sempat agik tueee...huhu


k...piLih satu gambar anda bersama rakan atau rakan2 anda dan tempekkan juga di daLam entry tersebut *gambar paLing giLa / gedik / ceria adaLah dituntut*

dan saya memilihh......



cute x kitaowang CG ;)...ini adalah gambar kami BERTUJUH di taman rekreasi ayer keroh..

tuLis 3 perkara yang anda sukai mengenai gambar
1) sangat neutral gambar ini kerana kegembiraan terpancar di muka kami(tak hipokrit)
2) mempunyai tarikan sesiapa melihatnya kerana keakraban kami adalah segalanya..uniknya kami sebab kami cute handsome kacak dan jelita
3) suke lihat gmbr ni sbb susah senang bersama...kami sentiasa bersama sehingga kini..x pernah lost contact sbb sebelum berpisah kami beli LOVE setiap sorang ;)

tagline untuk CG ;)

CG blogger tercute,tercomey,tergojes,terchantek di serata pelosok dunia ;)

dan terakhir saya mau tag :
1)anis idayu
2)jefry miskuzie
3)auni zhafran

thanx kepada CG...kepada gambar diatas itu frenzz 4 everrrr.......;)

Facebook oh facebook....

salam semua...perasan tak facebook skrng semakin lembap dan kekadang selalu hang...perghh tensen lak tgk..skunk pulak x boleh bukak..under maintainance ke??kalau under maintanance mesti die ade kuar pop-up...maybe admin fesbuk tau bebudak U ngah examm sbb tu die sekat..hauhauahauhaua.....now nak wat per ek??urmmm layan muvie ar..cerita CUN baru donload kat SYOK.ORG..huhuhu..jummm nonton sameee ;)

p/s:mood geram+panass disebabkan cuaca sekarang x menentu..jadi dinasihatkan minum la air masak banyak2x yer..baru cool bebeh ;)

Pecutan peperiksaan terakhir ;)

salam semua..mau bekongsi artikel dari EZAIRY M. SALLIH(http://sangmentari.wordpress.com)..bagus untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang sedang menduduki peperiksaan...jom kita baca maybe boleh digunakannn....hihi

UNTUK pelajar yang masih menuntut, anda tidak boleh lari daripada peperiksaan. Untuk berjaya, tak kira siapa pun anda, peperiksaan adalah suatu perkara yang wajib ditempuh.
Dalam hidup pun ada ujian-ujiannya. Dan semua itu jika mampu dijalani dengan secemerlang yang mungkin, insya-Allah anda akan menjadi manusia yang paling berjaya di atas muka bumi ini.
Fokus saya kali ini adalah untuk berkongsi 6 tip penting buat semua pelajar-pelajar yang masih menuntut. Tak kira di sekolah mahu pun di IPT. Bagaimanakah persediaan terbaik yang perlu mereka lakukan untuk baki sebulan atau seminggu terakhir sebelum peperiksaan.
Ini yang saya sebut sebagai tip pecutan terakhir!

1. Senarai pendek semua tajuk yang telah dipelajari.

Langkah pertama dalam persediaan pecutan terakhir ini ialah dengan menyenaraikan kesemua tajuk yang telah anda pelajari sepanjang tahun. Senarai tajuk sahaja. Dari sini, anda akan nampak gambaran awal sejauh mana anda perlu memecut. Seberapa banyak kelajuan yang anda perlukan untuk menghabiskan kesemua tajuk berkenaan dalam masa yang anda ada.

2. Tandakan soalan-soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan

Ambil pen atau apa-apa pensel warna, dan kemudian tandakan bahagian mana yang penting daripada tajuk-tajuk yang anda senaraikan tadi. Bab-bab yang penting ini bermakna bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan. Jangan tandakan semuanya. Ambil yang benar-benar kerap keluar dalam exam. Biasanya, soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan adalah berulang-ulang. Ia berulang sebab memang perkara itu yang amat perlu untuk difahami dan dikuasai untuk alam pekerjaan nanti (bagi mahasiswa) dan penting sebagai pengetahuan masa depan anda suatu hari nanti (bagi pelajar sekolah).

3. Semak semula nota anda.

Sebelum membaca buku-buku rujukan atau bab-bab yang lazim keluar dalam peperiksaan, baca dulu nota yang anda tulis sejak awal tahun. Nota ini perlu dibaca dulu sebab biasanya nota ini ditulis dengan ringkas. Dapatkan dulu gambaran awal tentang kesemua bab yang perlu ditekankan. Baca semua bab sepintas lalu. Tak perlu memfokus pada satu-satu bab. Pada level ini, anda hanya perlu memahamkan sahaja dulu, bukan untuk menghafalnya.

4. Baca bab-bab dan tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan yang lepas.

Setelah anda membaca sekali imbas kesemua tajuk yang anda pelajari di dalam nota tulisan anda, mulakan pembacaan secara fokus kepada soalan-soalan penting sahaja. Sebenarnya, tidak semua yang anda pelajari dari awal tahun itu benar-benar penting. Ada bab hanya untuk anda fahami konsepnya sahaja. Ada bab lain untuk anda kuasai basicnya saja. Dan yang sesetengahnya pula memang amat-amat penting untuk anda kuasai. Dan bab-bab seperti inilah yang acap kali keluar dalam peperiksaan. Jadi, jangan sampai terlepas pandang. Mesti baca. Mulakan pembacaan secara fokus dengan bab-bab yang sering keluar dalam peperiksaan!

5. Buat soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.

Selepas anda membaca secara fokus kesemua bab yang sering keluar dalam peperiksaan, buat pula latihan-latihan soalan peperiksaan tahun-tahun yang sudah. Ini penting untuk membiasakan anda dengan format dan situasi sebenar di dalam peperiksaan nanti.

6. Rumuskan apa yang dipelajari.

Langkah yang terakhir ini amat penting. Rumusan pembelajaran bermakna, anda perlu semak semua senarai bab-bab yang anda pelajari sepanjang tahun. Perhatikan senarai itu betul-betul. Mana-mana bab yang anda belum ulangkali, iaitu bab-bab yang jarang keluar dalam exam, time ni anda perlu tengok. Baca semula. Fahami konsepnya secara mudah. Kemudian, akhiri studi anda khususnya di malam-malam peperiksaan dengan bab-bab yang lazimnya keluar dalam peperiksaan sahaja. Ulang pembacaannnya berulang-ulang kali.

p/s :saya doakan agar kawan-kawan semua peroleh kejayaan...insyallah...amin..jgn lupe usaha + doa + tawakal=kejayaan ..GUD LUCKKKKKKK

video gelak2x ;)

ini adalah video gelak2x yang diambil dari program AGENTT..just enjoyyyyy!!!!scene ini bukan saje2x yer..ini adalah salah satu untuk memecahkan malu dan satu kaedah komunikasi yag baek..cedit to KF ~ myrad@CIK GOJES

video

video

video

video

enjoy guys.....jadikan ia satu pengalaman bawu..redahhhh jerrrrr!!!!!

AGenTT ;)

salam semua..kowang tau tak apa itu agentt??hehhe..agentt ini adalah program kelab KKDK yang mempunyai intipati teambuilding untuk MT,EXCO dan RAKAN EXCO yang varu di lantik dan menyambung legasi mantan-mantan KKDK yang lama..agentt bermaksud ADVANCE GENERATION TAG TEAM ;) pada hari ahad 10 april 2011..dari pukul 8.oo pagi sampai 11.30 malam..disebabkan program ini sehari jadi tentatif die sangat padat yerr ;) slot-slot yang ada dlm program kebanyakan adalah untuk memecahkan ais (ice breaking) supaya mereka lebih rapat dan tiada perbezaan dari segi pangkat..di sini mau cerita sikit..perbezaan pangkat x akan timbul dalam KKDK sejak azali lagi ..kerana KKDK x macam organisasi kelab yang lain..nak tau apa keistimewaan KKDK..satu je keywordnya iaitu KEKELUARGAAN..sebab itu ahli kami semakin ramai ;)yang penting hormat itu perlu ada antara satu sama lain..k abes dah disitu..hehe..kemudian slot pengenalan KKDK,pengenalan PKPP,slot sharing moments bersama abg tyyzar dan ditemani wife nyer kak nani,slot ketua fasi,slot kertas kerja...n last sekali diaorang kene buat fail untuk buddy yang ddiaorang dapat..disini kita dapat lihat bagaimana diorang menghasilkan fail yg keratif n kelam kabut..huhuhu...papepun kepada barisan kepimpinan yang baru...kamu semua memang TERBAEKKK...awesomeee bebeh ;) disini ade beberapa gambar..sikit je coz gambr semua kat camera jefry miskuzi ;)



tepuk muah2x kat kowang.............

My BufdaY ;)

salam semua..tanggal 16 APRIL 2011...adalah tarikh yang dimana umurku sudah bertambah lagi setahun...teka la umur ku brapa skrng??24 tahun..muda kan??hahaha..tarikh lahir aku ni sama dengan rakan kelab KKDK iaitu enchek jefry miskuzie...minat kami sama iaitu BOWLING;)

SITUASI PERTAMA..
nak dijadikan cerita..selepas MAP(majlis anugerah pelajar)..kami semua iaitu jep,jefry,aizat,myrad,mira,hafiz,auni,fasha,abe,jijin,shahzada,kay,yusri n geng pergi lepak2x kat kedai tayar(SOFEA)..n mase duk bebual2x..hep ngn aizat datang bawak kek aiskrim special punye..ade oreo agik untuk kami berdua..thanxx n sangattt kreatif kowang...pastu kami potong la cam biasa n suapkan semua org..sgt heppyy ;) pastu dowang semua cabut g kem escapism kat melaka..saya,ejat,mira n jep x pegy disebabkan tesis masih belum siap(mood terkilan)...tapi kecewa..gmbr tader masa ni ;) papepun thanxx kowangg..i luv u lar...

SITUASI KEDUA...
hehe..mase ini aku kebosanan dirumah sewa..jadi membuat keputusan untuk balek ke melaka tercinta...sebulan gak x balik coz setelkan PSM..keesokan harinya..abah tanya nak makan apa..aku apa lagi..teringin nak makan satay..syiokk ooo...jadi malam tu my family celebrate my bufday..kak ada n abg wan belikan kek(tua-tua pun ada kek agik..huhu)...selepas itu ngn hati gumbira..aku makan dengan kenyang sekalik..thanx to my abah,emak,iera,kak adah,abgwan x lupe gak kak ina,abg jai,abg fit,kak yam, n najla dan si cinta hatiku ;)yang ini ada gambar..hehehe



hahaha...aku dapat rasakan diriku semakin matang..syukur alhamdulilah ya ALLAH..kau berikan aku lagi untuk aku bernafas di muka bumi mu ni ya ALLAH...kau permudahkan uruskan untuk meneruskan perjuangan mu sebagai khalifah dimuka bumi-MU ni..aminn...
P/S:thanx kepada semua yang wish besday saya...hope korang sentiasa berada di bawah lembayung illahi..aminn


pssttttt...ade videoni dari yang tersayang NhMn ;)



video

nilai sahabat...

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah....

Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya....



Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri...

KKDK 4 EVER ;)

Ribuan jalan telah kita lewati
Berbagai rintangan telah kita lalui
Penuh wewangian bunga maupun bertabur duri
Penuh suka maupun duka di hati

Semua bukanlah sekadar kenangn
Semua bukanlah sekadar renungan

Saat kita dalam kebersamaan
Dalam suka maupun pengorbanan

Namun, kita telah tahu
Kita tak selamanya bersatu
Menempuh jalan hidup yang bertabur debu
Bertabur dedaunan yang tak pernah tersapu


Saat berpisah harus menyapa
Ku tak ingin kau titiskan air mata
Ku tak ingin kau berduka
kerana hati kita kan tetap bersama


Family KKDK tercinta!!
Inilah hidup
Kadang kita membuka
Suatu saat kita kan menutup


Family KKDK tercinta!!
Ku ingin kita kembali bersama
Di saat harta tak lagi berguna
Di saat cinta menjadi satu-satunya pembela

LUV KKDK 4 EVERRR.........

Dari Kekasih Buat Kekasih

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."

Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.

Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.

Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.

Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!

Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.

Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

-Artikel iluvislam.com

sawang???

salam semua...wahhhh semakin bersawang dah blog den nie...kene tiup sikit sebab banyak habuk...semester ni langsung x der mood nak tulis belog..huhu..maybe penangan PSM (Pening Sepanjang Masa)...4 bulan yang telah dilewati banyak perkara-perkara yang telah berlaku..maybe susah utk diceritakan disini..biarlah ia tersimpan terkunci dalam lubuk hati(bukan apa..malas nak menaip gamaknye..huhu)...insyallah blog ini x kan lagi bersawang..hahha..puyuss je..buhsan pun ada ini disebabkan sy tak der final exam sem nie..now bergelumang dengan tesis yang masih belum siappp....hope tesis dapat diterima oleh penyelia yang disayangi rabu niee ;) daa....jumpe nanti di entry seterusnya....

Live Love Hope DreAm wiTh You

Daisypath Anniversary tickers

AKu adaLah Aku

AKu adaLah Aku