Wednesday, May 13, 2009

Short sem iS CoMinG...

salam sume..hehehe...sem 3 sudah bermula..bersediakan anda??hehe..ermm sedia atau x..kene tempuh gak sem 3 ni..adeyhh semua org cuti 2 bulan..fakultiku yang tersayang ini saje tidakk..hehehe..die syng student die..x mo kasi cuti..huhu..tapi bagus jugak..ade short sem..meringankn sket la beban mase long sem..pape pun aku sekrang berade di alam pembelajaran..jadi..ikhlaskan diri anda untuk belajar..okeyhh..hehhee..

ermm..aku x tau nak wat aper..boring sungguh..ermm asib baek ade WIFI yang menemani aku disini..hehe..tapi mcm chipsmore lak..kejap ader kejap x der..hehehe..tapi yang penting aku boringg..hehehe...k lar..esk balik melaka jap..de hal..hehehw..papepun SELAMAT BERCUTI KEPADA KAWAN-KAWAN KU, EX-HOUSEMATE..aiman, ary, alias, hazizul, zul, n rumate aku..ku-where n AsrY..hehehe...bestnyer kowang cuti..haha..n x lupe kepada yang x bercuti..SELAMAT MENJALANI PROSES PEMBELAJARAN SEMASA CUTI SEMESTER..hehe..shauki,hafriz,amat,john,zul,imran,ehem2x n the geng, n sume dak fakulti IT..hehehe...chayokkkk

Tuesday, May 12, 2009

Ke mana apabila gagal?

salam pembaca Blog aku..ade ker yg baca..??hehhee..kat sini aku nak kongsi satu artikel yg aku amik kat harian metro..yang menceritakan mengenai kegagalan di Universiti..yelah..mana lah tau..sesetengah dari kita di IPTA ini terkandas sebelum memegang segulung ijazahh..ermm..adakah anda kan berputus asa??baca lah artikel ini..insyallah sedikit sebanyak akan membantu anda....

Ke mana apabila gagal?

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

KECUNDANG di tengah jalan dan gagal di semester akhir sebelum sempat menggenggam segulung ijazah pasti meninggalkan kesan cukup mendalam.

Dek kekecewaan itu, ada yang patah semangat untuk meneruskan perjuangan malah menganggap ia titik noktah memperoleh kejayaan.


Malah, mereka berasa rendah diri dan malu berhadapan dengan rakan-rakan serta keluarga kerana gagal menamatkan pengajian.

Walaupun kegagalan itu kesilapan diri sendiri, namun ke mana hala tuju pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang gagal ini?

Kegagalan itu bukan saja menutup peluang mereka untuk mengikuti kursus yang sama malah tempat mereka di universiti itu tidak ada.

Selepas menghabiskan masa mengikuti pengajian di IPT, apakah ilmu yang diperoleh sia-sia sahaja?

Penolong Pengarah Program Hal Ehwal Pelajar, Sekolah Sains dan Teknologi, Kolej Antarabangsa IKIP, Mazlina Mohd Salleh, berkata kegagalan di IPT bukan titik noktah mencapai kejayaan.

Beliau berkata, walaupun gagal, peluang menimba ilmu dan memperoleh kejayaan masih terbuka luas selagi bersemangat dan sedar kesilapan lalu.

"Perjalanan mencapai kejayaan bukan mudah, ada yang gagal dan kecundang dulu.

"Namun, yang penting mereka perlu ada kesungguhan untuk bangkit daripada kegagalan dan membuktikan melalui segenggam ijazah," katanya.

Mazlina berkata apabila sedar kesalahan lampau, mereka boleh memulakan langkah dari awal.

"Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya kerana mereka tetap ada peluang meneruskan pengajian dalam kursus yang sama.

"Bagi Pelajar IPTA, mereka boleh bermula dari awal dengan memilih kursus yang sama tetapi mengikutinya di IPTS," katanya.

Di peringkat awal, mungkin menghadapi sedikit kesukaran tetapi apabila mendapat keputusan cemerlang di semester pertama, mereka berpeluang mendapat pinjaman tabung pendidikan.

"Saya perhatikan pelajar yang gagal kali pertama lebih tekun belajar untuk menebus kekecewaan itu kerana mereka tidak mahu kecundang lagi.

"Ramai pelajar kolej ini yang gagal di IPTA mendapat keputusan cemerlang kali kedua dan kini menjawat jawatan tinggi di Petronas," katanya.

Beliau mencadangkan pelajar yang gagal mencari pekerjaan menggunakan keputusan peperiksaan sebelum ini sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT.

"Mereka yang gagal bukan tidak pandai tetapi mungkin lalai, cuai atau ada sebab-sebab lain yang menganggu pembelajaran mereka ketika itu.

"Saya yakin dengan bekerja sambil belajar, mereka boleh mengambil kursus-kursus yang diminati.

"Selepas menamatkan pelajaran nanti, mereka boleh memutuskan untuk meneruskan kerja lama atau mencari pekerjaan lain," katanya.

Dengan pengalaman selama sembilan tahun bertugas sebagai pensyarah, Mazlina berkata satu lagi pilihan untuk pelajar yang gagal di IPT ialah dengan berniaga atau mengambil kursus-kursus kemahiran.

"Tidak semua pelajar minat atau pandai dalam bidang akademik. Ini kerana, ada antara pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik tetapi cemerlang dalam bidang lain.

"Mereka mungkin boleh membina perniagaan atau mengikuti kursus jangka pendek," katanya.

Beliau berharap pelajar IPT yang gagal jangan putus asa sebaliknya menjadikan kegagalan itu perangsang untuk berjaya.

"Anggaplah kegagalan itu sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam kehidupan yang akan datang," katanya.

Sementara itu, Mohd Ariff Md Jun, 28, berkata kegagalan dialaminya dulu mengajarnya berusaha dan berani menghadapi sebarang kegagalan.

"Ketika mendapat tawaran belajar di IPT, saya amat gembira dan bangga.

"Bagaimanapun, saya tidak minat dengan kursus yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Mekanikal dan beberapa kali memohon bertukar jurusan tetapi ditolak.

"Akhirnya, di semester tiga, saya gagal selepas mengambil kertas yang sama sebanyak tiga kali," katanya.

Arif berkata, kegagalan itu memberi tamparan hebat buatnya kerana gagal meneruskan pengajian dan malu berhadapan rakan-rakan.

"Saya mengambil keputusan melanjutkan pengajian di IPTS dalam jurusan Kejuruteraan Teknologi Maklumat.

"Selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma perasaan malu terhadap rakan-rakan hilang dan bangga keputusan diperolehi melayakkan saya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Kini, saya lebih yakin mencuba sesuatu yang berisiko kerana percaya kejayaan boleh dikecapi walaupun pernah gagal," katanya.


P/s: Jadi fikir2x kan lah ye kawan-kawan ku..hidup ni mesti ade kegagalan untuk berjaya..jgn lupa itu..hidup umpama roda..sekajp kite diatas..sekejap berada dibawah..dan juga yg tidak dapat tanpa anda berusaha..plus ngn doa..n tawakkal..insyallah..wslam

Saturday, May 9, 2009

SelamaT HarI Emak




salam..entry kali ini aku nak mengucapkan selamat hari emak kepada semua emak-emak yang tlah menjadi emak dan bakal menjadi emak...hehehe..x kiralah dipanggil mummy,mum,emak,ibu,umi..die adelah satu nama besar yang sanggup mengorbakan dirinya untuk melahirkan kite..especially my mum, Wan Fatimah Bte Sheikh Abdul Rahman Al-Amudi..Selamat Hari Emak..hehehe..Emak aku ni seorang yang mengambil berat terhadap hidup anak-anaknye..die seorang yg tabah..suke bunge orkid..hehehe..Mak aku ni la segalanya bagi aku..abah jugak..msakan die perghh sedaap..aku suke lempeng yang mak aku buat..menjilat jarii..hehehe..k lar..nak mundy..Selamat Hari Emak...semoga hidupmu dibawah lembayung ILLAHI..dan bersama suami tersayang dan anak-anak dan menantu tersayangg..aminn..SAYAng EMakk

Emak...
dirimu ratu hatiku,,
dirimu pembakar jiwa ku..
tike aku ketawa, gembira, sedih dan kecewa,,
kau senantiasa bersama aku..

Emak..
maaf jika aku pernah menguris hatimu...
aku tau dikau sedih dan marah...
tapi dikau sedikitpun tidak menunjukkanya..
dikau tabah..melayan karenah anakmu ini...

Emak..
kata-kata dan nasihatmu..
akan ku pegang hingga ke akhir hayat..
pengorbanan mu tidak ternilai..
menjaga dari ku dari kecil hingga ku dewasa...

Emak...
ku mahu selalu disampingmu..
aku amat menyanyagi mu...
Selamat Hari Emak...


Friday, May 8, 2009

KonVoKesyeN

salam sume..lama x update blog coz bz ngn final exam..adeihhh susah jugak sem ni nyer test..tapi insyallah..janji kite dah wat terbaik untuk diri sendiri..usaha tu penting..kalau x ada usaha mesti x dapt buatnyer exam gtue..hehehehe..ni bukan nak citer pasal exam..nak citer pasal konvo aku...Konvo yang ditunggu2x selama setahun..dah la setahun..dugaan bnyk nak pergi konvo tue..hehe..antaranya..pada majlis 1,septutnya aku konvo,pastu ade exam lak..adeihh..terpakse pegy poly tukar majlis ke 2..asib baek boleh..alhamdullilah..pegy jugak..alkisah nyer begini


citer sbelum hari konvo- aku sbenarnya dalam mode exam..huhu..selasa tu ade paper Data structure yang sungguh menggerunkan..tapi buat jer..habis jawab pukul 4.45ptg..terus keluar n pack barang, tggu kiki..sb die pun konvo ngn aku aku gak..betolak kol 5 ptg n then sampai melak kol 7 petang..pergh penat siot..hhehee..

mase pagi konvo- dengan semangat aku pegy ngn pamily aku kol 6.30 pagi..sbb bnyka aku amik lagi sebab x pegy raptai..(ade exam)..pagi tu aku tggu kiki x smpai2x..adeihh..aku pergi lah Jabtan perdagangan amik jubah..die kasi jubah XL..gile besar..haha..amik jer la..pastu ngn x iron..berkedut2x(ade aku kisah)..hahahha..pastu pegi jabtan aku elektrik amik kupon masuk ibu bapa..pas je bagi parents aku kupon..aku pegy balik jabatn untuk barisan masuk ke dewan..kiki baru nak test jubah..hehehe..aku ngn asfa masuk dulu..ni lagu satu kes..aku x tau kedudukan aku dalam barisan..hehehe..last2x setel gak la..yelahh budak lain sume aku x knal..sbb dowang dah konvo majlis 1...lagi satu aku lupe amik medal AKJ..hehehe..rugi siott tak pkai..

mase masuk dewan- masuk je dewan..perghh rase lain mcm..haha..ade kuasa dah masuk bile pakai jubah konvo nie..aku duk barisan kedua depan..masuk jer cari parents aku..x nampak sebab ramai..hehehe..n then duduk ikot susunan..pastu mule pulak istiadat konvo..perakan masuk dif2x terhormat..hhehe..lambat seh jalan nyer..mcm pengantinn..heheh..kemudian sesi ucapan perasmian..lepas tu baru amik sijil konvo kat pentas..hehe..aku negok je budak2x ni amik mcm mana..sbb aku x pegy raptai x tau..pastu aku kire graduan nombor belas2x lak yg amik..kire awal..hahaha..DTK power ahhh..sampai jer barisan aku..bangun..tiber ternmapk parents aku duk tepi skali..hehe..giliran aku naik pentas..dengan bangganyer..nama aku diumumkan..haha..bnyk step tu..nak amik gmbr mase atas tu ade 3 kali step..hehe..mase kat atas tu..kaki aku kejang tetiber..hehe..tapix apae2x pun..hehehe..pas amik tu lega..n then tggu la smapi graduan last amik..Tahun ni anugerah pengarah politeknik..dak mekanikal pegangg..hehe..lagi satu..tahniah kepad kalsum@acom sebab dapat anugerah pelajar tebaik jabatn elektrik...habis jer sume..graduan keluar..

Keluar dewan--keluar je dewan semestinya cari akak aku n adik aku..erm kakak aku kembar x datang sbb diorg keje..x dapt cuti..uiks ramai siot org..susah nak carik..aku call je adik aku..kat toilet..hehhe..pastu jumpe jer dowang,dapat bunga carnation..hehehe..parents aku kasi..akak aku kasi gak..tggu la parents kuar n then cium tangan dowang..tangan yang membesarkan aku smapai aku meraih diploma dengn cemerlang..alhamdulilah..pastu sesi bergambar..hehehe..pastu aku nak pi tuntut medal AKJ tue..hehe..carik lecturer adeihh penat..aku gi pulang jubah n amik sijil ORI diploma aku..pastu baru jumpe lecturer vyg pegang medal tue..hehe..baru lah lengkap..hehehe..amik gmbr lagik dengan medal tu..tapi x pkai la jubah..sbb dah pulang..aku balik awal..sbb nak balik batu pahat..keesokan harinya ade paper..hahah...lom baca lagik..

nak jadik citer..aku mintak tolong abah aku hantar gi BP..sebab nak angkut barang2x aku skali..motor diletakkan diumah..hehehe..abah aku on jer..thanks abah..pastu gerak kol 5.30..sempat tido..penat beb..smpai2x jer aku duk rehat dulu..selak2x nota untuk paper esk..hehehe..tapi kejap jer..ngantok la pulak..asib baik test kol 2.30 ptg..aku tido kol 12..bagun kol 3..hehehe..pastu baca la sampai tepu..time exam..ade dapat buat..ade yag pening lalat..hehehe..yang penting aku dah konvo n dah haabis final exam sem 2 yg sungguh menyakitkan...hahahahaha..alhamdulilah....n aku nak kemas ni..nak pindah .

P/S: nak tambah sikit ni..kawan-kawan aku..pen yani n anis..masuk surat khabar kosmo mase konvo aritu..kire glamer la tuee..hahahaha...ni keratan dier...


Sunday, May 3, 2009

SaHaBaT...

Andai punya teman..
Biarlah air mata mengenang dosa yang menjadi teman setia
Andai punya sahabat..
Biarlah Al-Quran menjadi sahabat setia
Andai punya rakan…
Pilihlah muhasabah sebagai teman
Andai punya kekasih…
Hamparkan kasih sayang kepadaNya
Andai hatimu sedih…
Kuatkan semangatmu dengan alun rentak zikir…

kekurangan tak diketahui tanpa penilaian
keyakinan tak terlihat tanpa kesungguhan
ketabahan tak teruji dengan ujian kesulitan
kecemerlangan hiduptak dikecapi tanpa rahmat dr Tuhan..

saat gembira pujilah ALLAH
saat kesukaran carilah ALLAH
saat kesunyian sembahlah ALLAH
saat kesakitan yakinlah ALLAH
saat demi saat terima kasih ALLAH..


Adakah anda mempunyai SaHaBat??

Saturday, May 2, 2009

Perogol Siber...

Salam..ni aku nak citer nie..Perogol Siber..tau kah anda sedang diperhatikan oleh orang dari golongan ini YM or Msn Chat..Or Google Talk..bnyk lagi ar..ermm sekarang ramai sudah diperangkap oleh perogol siber ni dengan kata2x manis di alam realiti maya...ade juga sudah menjadi korban nafsu serakah perogol siber ini..Jadi...nak tau lebih lanjutt..baca artikel kat bawah ni..


PerogoL BersirI

Ia bukan perkara baru namun ia juga tidak pernah selesai.

Membincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.


Malah, ia menjadi medan baru untuk perogol yang mencari mangsanya dengan modus operandi lebih tersusun dan kurang berisiko.

Perogol bukan lagi melepak di tepi jalan dan menunggu mangsa untuk diratah namun bertukar menjadi jenayah tersusun apabila mereka mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.

Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa.

Gejala ini masih berleluasa walaupun ia tidak membabitkan statistik besar, namun perkembangan Internet yang berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka.

Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. Menghalang mereka menggunakan Internet seolah-olah melumpuhkan separuh hayat mereka.

Janis Wolak dari Universiti New Hampshire memaklumkan kajian ke atas jenayah seks mendapati perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka.

"Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi," katanya.

Katanya, perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa.

"Malah, terdapat kajian menunjukkan lima peratus pesalah berlakon sebagai budak remaja apabila mereka mahu berjumpa bakal mangsa secara online," kata Wolak.

Jelas, ini membuktikan tidak semua maklumat yang diperoleh di Internet boleh dipercayai.

Malah, dalam kebanyakan kes ia meletakkan risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran.

Berdasarkan kes dilaporkan polis, ternyata Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah.

Jika wanita dewasa yang dikira cukup matang untuk membezakan antara palsu dan benar juga boleh tertipu, apatah lagi kanak-kanak.

Beberapa perkara utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun.

Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

KES 1

KIRA-KIRA empat tahun lalu di Petaling Jaya, seorang pelajar menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia yang dikenalinya ketika melayari ruang sembang di Internet.

Lelaki terbabit berjaya memujuknya keluar sebelum menawarkan minuman kepada mangsa dan membawanya ke bilik ketika berada dalam keadaan khayal akibat pemberian dadah.

KES 2

DI Detroit, Amerika Syarikat, seorang doktor kanak-kanak menghadapi tuduhan menggunakan Internet untuk mengadakan hubungan seksual dengan seorang anggota polis wanita yang menyamar sebagai gadis berusia 14 tahun.

Hrishikesh Dingankar, 28, yang sudah berkahwin, mengenalkan dirinya sebagai doktor yang mahu bertemu kanak-kanak terbabit untuk mengadakan hubungan sejenis.

KES 3

SEORANG pemuda menggunakan lawan web mencari kenalan di Internet sebagai jerat untuk menggoda dan memikat gadis sekolah sebelum dipujuk melarikan diri dari rumah.

Dalam kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur pada tahun lalu, pemuda berusia 24 tahun itu didakwa menawan hati seorang murid perempuan berusia 12 tahun selepas berkenalan beberapa minggu melalui Internet.

Mangsa yang masih mentah berhubung soal cinta turut melarikan diri bersama suspek sebelum ditemui semula. Penjenayah terbabit turut ditahan.

KES 4

DI Singapura, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun didapati hamil hasil hubungan seks dengan teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sembang di Internet.

Lelaki berkenaan, seorang penganggur, enggan bertanggung jawab dan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Beberapa bulan kemudian dia ditahan kerana mengugut seorang kanak-kanak perempuan lain untuk menyebarkan gambar separuh bogelnya.

Sebelum itu, lelaki durjana berkenaan meminta kanak-kanak terbabit menghantar gambar separuh bogelnya melalui telefon bimbitnya.

KES 5

SEORANG pelajar didakwa merogol seorang remaja berumur berusia 14 tahun yang dikenali melalui Internet meskipun mangsa mengaku rela diperlakukan begitu kerana mencintai tertuduh.

Pelajar 19 tahun dari Abu Dhabi itu mengenali remaja perempuan dari Dubai itu dan jatuh cinta sebelum melakukan seks di kawasan padang pasir.

Mereka ditahan polis peronda yang terserempak dengan mereka.

"Saya mencintai dan rela melakukan seks dengannya. Kami keluar selepas ibu bapa saya tidur," remaja perempuan itu dipetik agensi berita sebagai berkata.

Beberapa langkah perlu diambil bagi membendung gejala ini walaupun ia tidak berada di peringkat yang serius memandangkan keupayaan berkomunikasi semakin berkembang luas.

Terdapat beberapa langkah seperti disyorkan laman e-keselamatan yang perlu diberi perhatian termasuk:



1. Anak kecil tidak boleh menggunakan ruang sembang - bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke ruang sembang yang diawasi dengan rapi.

2. Jika anak anda menyertai ruang sembang, pastikan anda tahu ruang yang mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.

3. Arahkan anak anda agar tidak meninggalkan kawasan awam dalam ruang sembang. Kebanyakan ruang sembang menawarkan kawasan peribadi yang mana pengguna boleh berbual antara satu sama lain secara lebih peribadi.

4. Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak.

5. Jika anak masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.

6 Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.


P/s: JADI AWASSS....

Live Love Hope DreAm wiTh You

Daisypath Anniversary tickers

AKu adaLah Aku

AKu adaLah Aku