Thursday, August 11, 2011

Boy n Father ;)

Little boy and her father crossing a Bridge

Father said: Please hold my hand,

Boy: No dad, you hold my hand,

Father: Whats the difference?

Boy: If i hold your hand, may be i leave your hand in some difficulty,

But if you hold my hand, i am sure that you will not leave my hand,

♥ ♥ MAY ALLAH PROTECT OUR PARENTS ♥ ♥

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #1



saya sudah..andaaa bagaimana??

Just The Way U Are Versi Malay ;)

as salam semua...sekadar mau berkongsi..aku suke dengar lagu ini..x bosan walaupun beberapa kali dimainkan..hehe..sambil dengar sambil tersenyum sendiri di depan lappy..hahaha..suwittt lagu...love it <3


Tuesday, August 9, 2011

LOVE ♥

LOVE ♥

it'snt about ♥ KILLING ME SOFTLY

it's about feeling me softly,

helping me softly,

holding me softly

talking 2 me softly,

& when U want 2 hurt me ,,

U hold Ur 'tears' softly

& hurting me QUICKLY!

Silently, Slowly, softly,

You make me insane ..

You came into my world with love so softly as U ..

So ..

softly now, let me be all that you can see ♥

pembaziran semasa puasa ;(

As salam semua...



lihat gambar diatas...kawan-kawan..saya tahu kawan-kawan lapar..tapi janganlah bila dah pergu bazaar ramadahan..jadi rambang mata pulak..just pilih 1@2 kuih dah mencukupi..dan 2 jenis lauk..sebab apabila kita dah berbuka nanti..makan sedikit pun terasa kenyang..btul x?jadi berpada-pada la membeli juadah untuk berbuka puasa..jangan membazir..kerana pembaziran itu amalan syaitan...disini saya mau berkongsi satu artikel yang diambil dari blog Ustaz Shauqi..jom kita meneliti segala pembaziran di bulan puasa .....

Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadhan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa.


Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, namun apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka seolah-olahnya ingin meng'qada' sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang yang ditinggalkan ketika berpuasa, lalu berlakulah pembaziran yang banyak. Terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Masyarakat seolah-olah berusaha untuk mengubah bulan puasa kepada 'bulan makan'! Sikap yang lebih pentingkan pesta menjamu selera pada bulan ini menyebabkan kesucian Ramadan sebagai bulan ibadat itu tidak dapat dihayati dengan sempurna.

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma Islam mengajar kita supaya berbelanja secara sederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar Ramadan secara yang berlebihan.


Sesuatu yang perlu disedari bahawa tabiat pembaziran yang berlaku dalam bulan Ramadhan menyebabkan puasa yang dilakukan menjadi sia-sia kerana tidak mencapai ketakwaan sebagaimana yang diharapkan. Masyarakat Islam perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak hingga mencapai tahap takwa kepada Allah. Antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan. Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menghindari amalan menjadikan Ramadan bulan untuk berpesta makan dan membeli-belah secara berlebihan.


Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27). Sayyid Qutb di dalam tafsirnya 'Fi Zilal al-Quran' menjelaskan bahawa Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah). Oleh itu, berbelanja secara berlebihan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir.

Rasulullah saw bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: “Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah, katanya: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (bersedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari ).


Jelasnya, segala perbuatan yang menjurus kepada amalan pembaziran baik dalam apa bentuk sekalipun perlu dihindarkan. Tabiat merokok umpamanya merupakan salah satu pembaziran yang wajib ditinggalkan. Moga bulan Ramadhan tahun ini dapat mendidik jiwa perokok ke arah meninggalkan tabiat merokok agar pembaziran dapat dibasmi sama sekali.

Saturday, August 6, 2011

Saya Segak Berbaju Melayu

salam semua..buhsan kan??huhu..kalau jadi blogger..untuk menghilang bosan kena lah menjengah blog bloger yang lain..n aku tersapa dengan entri di blog KUCING yang membuat contest Contest Baju Melayu & Baju Kurung




inilah banner contest sila KLIK disini untuk menyertai contest ;) jommmm!!!!



inilah gambar aku berbaju melayu yang segak (ye kowt..huhu)..gambar ini diambil semasa raya pertama tahun lepas di mahligai rumahku syurgaku ;)..memang selepas solat sunat aidilfitri..kami sekeluarga akan mengambil gambar kenangan..tapi ini gambar syok sendiri laa..heeee...


second gambar candid wif my siblings ;)


P/s: thanx encik Blog kucing wat contest ini and GUD LUCK bloger2x yang lain..selamat hari raya(oppssss baru puasa ke 6..heeee)

2# Video Harapan Ramadhan



Friday, August 5, 2011

Kasih Alia ;)



salam..ada sesiapa tengok citer niee..angkat tangan cepatt..hehehe..citer ni baru je start isnin aritu..jalan cerita die best sebab bnyk pengajaran dlm citer nie..agi pun layan jerrr...kalau kowang x caya..ce tgk nanti yerr...isnin sampai khamis..7-8 malam ;) (psstttt...jgn lewatkan solat maghrib lak sbb kalau terlepas leh tgk kan tonton :)..jom tgk promo citer niee ;)



“Kasih Alia” nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.

salam jumaat..

salam...ermm kejap je sudah hari jumaat..masa terus berlalu tanpa kita sedari..semakin cepat waktu berlalu..semakin meningkat umur kita di dunia ini..dan hari ini adah puasa yang ke-5..alhamdulilah kerana aku berada di dalam bulan ramadhan...ini pun baru je balik dari masjid telok mas..hehehe..ramai jemaah hari ini..alhamdulilah..tetapi kan kat sini aku nak kongsi perilaku jemaah yang membawa anak-anak ke masjid..memangla kita perlu didik anak-anak kecil ini ke masjid..tapi bila di masjid perlu dipantau juge..ini tidak...membuat bising apabila imam membaca khutbah..ermm bukan mau disalahkan tetapi tolonglaa beritahu anak anda adab ketika ke masjid..insyallah..melentur buluh biar dari rebungnya..hehehhe..ini hanyalah pandangan sahaja ;)

P/s : dan jangan lupa rapatkannn saf ;)

1# Video Doa Ramadhan ;)

Thursday, August 4, 2011

lamanyerr...

salam..ermm lama aku tak updatee blog..walaupun banyak masa lapang sekarang..huhu...sekarang sudah masuk bulan 8..jadi sekarang adalah bulan ramadhan...ahlan wasahlan...semoga mendapat keberkatan di dalam bulan ini..amin..ermm kalau kowang nak tau aku buhsan duk umah nie..xtvt adalah membesarkan badan..adeyhh..tengah menunggu praktikal..15/8 mula la aku praktikal di salah sebuah company multimedia di negeriku tercinta..bolehlah memahirkan aku dlm selok belok dunia multimedia..yang penting kata kunci sekarang adalah BOSANNN..ade suggestion nak buat apa x??hehehe..k laa..salam ramadhan....

Live Love Hope DreAm wiTh You

Daisypath Anniversary tickers

AKu adaLah Aku

AKu adaLah Aku