Sunday, June 21, 2009

SelamaT HaRi ABAH...

Salam..hari ini adalah hari bapa...korang dah wish kat bapa korang x??hehehe..aku pun x terkecuali..disini ingin aku ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abahku yang bernama Yusof Bin Mohammed Salleh..Abah yang x kenal erti penat dan lelah membesarkan anak-anaknya..permintaandari anak-anaknya..insyallah akan ditunaikan..abah yang seorang yang penyabar dan menjadi role model kepada aku untuk jadi sepertinya..dialah wira kami..dia pemimpin kami..syukur aku mendapat kasih sayang abah..amin..Ya ALLAH..kau panjangkanlah umur abah dan emakku..murahlah rezeki mereka.untuk melihat anak-anak mereka berjaya...amin..aku ingin senantiasa bersama mereka..sehingga akhir hayatku..han
KAMU..SELAMAT HARI BAPA!!!!!
!


P/S : Disini juga aku ingi kongsi satu cerita mengenai seorang BAPA....

Catatan seorang papa

DETIK 12.30 pagi 27 November 2004 mengubah segala-galanya dalam hidup papa dan mama. Kehadiran kamu, Mikhail Muiz Zakwan disambut penuh syahdu disulami perasaan yang sukar digambarkan.

Pertama kali menyentuh, mendukung dan mengazankanmu dalam keheningan pagi di hospital, hati menjadi tenang setenang riak wajah comelmu.

Percayalah Mikhail, membesarkanmu memberi pengalaman tidak ternilai. Daripada memandi dan menukar lampinmu, semuanya suatu pengajaran dan pembelajaran baru dalam hidup papa.

Dari hari ke hari hingga usia kamu menginjak lima tahun tidak lama lagi, keletah, kenakalan, gelak tawa, tangisan dan percakapanmu menjadi sebahagian daripada hidup papa.

Jika dulu kamu perlu didukung apabila bersiar-siar atau membeli belah, kini papa dan mama bagai main ‘kejar-kejar’ dengan kamu. Dalam memikul amanah sebagai ayah, papa mahu menjadi papa penyayang dan teman yang memahami. Namun kadangkala papa perlu menjadi guru membimbing dan bersikap tegas.

Namun, percayalah Mikhail, ini semua dilakukan untuk membentuk nilai positif dan jati diri kamu sebagai insan berguna. Papa berjanji, setiap detik kita bersama akan menjadi kenangan manis buat kita sekeluarga.

Papa masih ingat kali kenangan Hari Bapa tahun lalu. Petang itu, kepulangan papa disambutmu di muka pintu. Papa masih terbayang kerianganmu melafazkan ‘Happy Father’s Day’ kepada papa lalu kamu menghulur sekeping kad ucapan. Sungguh terharu...

Mikhail, ingatlah, kamu adalah permata hati papa. Papa berharap Mikhail membesar menjadi anak soleh yang tidak lupa tanggung jawab kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

Dari Papamu,
Araz 12


P/S: Jadi Hayatilah pengorbanan seorang bapa membesarkan mereka..mereka diluar kita nampak ok..tapi didalah hati mereka..mereka menangis..kerana tanggungjawab mereka adalah besar..jangan sesekali menderhakai atau melawan cakap mereka..WASALAM

No comments:

Live Love Hope DreAm wiTh You

Daisypath Anniversary tickers

AKu adaLah Aku

AKu adaLah Aku