Salam 1 ukhwah...hari ini mau bekongsi cerita mengenai tekefon bimbit..k sekarang..nak dikatakan semua manusia dimuka bumi in..ermm..kita kecilkan skop..semua manusia di negara kita ini menggunakan telefon bimbit untuk kegunaan seharian..betul x??n sekarang..pelajar sekolah rendah sudah mahor menggunakan telefon bimbit..x macam dulu..susah nak dapat...adakah sekarang manusia telah banyak dimanjakan dengan peralatan yang canggih..erm of course la kan??kita boleh lihat dengan mata kita..dimana-mana jer orang menggunaknanya..k lar..skrng mau kongsi satu rencana dari BERITA HARIAN ini...ssehari tanpa telefon bimbit...
Sehari tanpa telefon bimbit
Oleh Fairuz Zaidan
Berita HaRIANNN
Sanggup berenggang atau alat komunikasi jadi paksi kehidupan?
PERNAH anda terfikir bagaimana agaknya rutin harian tanpa telefon bimbit? Usah kata sepanjang hari, mungkin dalam tempoh beberapa jam saja kehidupan boleh kacau-bilau tanpa telefon bimbit.
Ketara sekali pengaruh telefon bimbit dalam kehidupan hari ini. Sekarang, hampir semua golongan, tanpa mengira usia memiliki sekurang-kuranganya satu telefon bimbit sebagai medium perhubungan utama.
Bukan saja warga emas aktif bermain khidmat pesanan ringkas (SMS), malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga mampu menggunakan telefon bimbit.
Kolum XY vs XX minggu ini cuba menyelami sejauh mana impak telefon bimbit dalam kehidupan lelaki dan wanita. Mampukah lelaki dan wanita meneruskan rutin hidup tanpa telefon bimbit?
Ikuti komen mereka...
Suhaimi Idris, 30, peniaga
“SEBAGAI peniaga burger, telefon bimbit boleh diibarat pembantu peribadi saya. Malah, telefon ini jugalah menjadi medium pelanggan setia membuat tempahan. Rasanya, sukar bagi saya untuk bergerak sehari jika tidak dihubungkan dengan kemudahan penting ini.”
Siti Marjina Firdaus Dzulkipli, 21, ahli perniagaan
“ADA kelebihan dan kekurangan apabila kita memiliki telefon bimbit ini. Secara peribadi, bagi saya tiada telefon bimbit pun tidak mengapa kerana kita masih mempunyai alat perhubungan lain seperti telefon awam.
“Namun, bayangkan, ketika kecemasan, telefon bimbit tidak dapat digunakan kerana kehabisan kredit. Apakah ini akan membantu kita?”
Muhamad Rafi Kori, 30, Setiausaha Persatuan Kembara Negara
“SUKARLAH hidup kalau tiada telefon bimbit kerana kemudahan ini sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat. Telefon bimbit bukan saja menambah gaya, pada masa yang sama membantu mempermudahkan perhubungan dan komunikasi dua pihak.”
Mohd Riduan Rizal Ahmad, 25, juru audio
“TIDAK boleh rasanya hidup tanpa komunikasi seperti telefon bimbit. Bukan setakat sehari, beberapa jam saja sudah cukup membuktikan betapa peritnya andai terputus hubungan dengan alat komunikasi ini.
“Telefon bimbit adalah peralatan penting untuk bertanya khabar dan mengatur janji.”
Khairiyah Atirah Mohd Kamal, 21, pengurus
“BIARPUN telefon bimbit adalah medan terbaik sebagai penghubung komunikasi, pada masa sama, jangan lupakan sumber lain seperti e-mel atau mesej ringkas seperti Yahoo Messanger.
“Ini bermakna, janganlah kita terlalu bergantung kepada telefon bimbit kerana kita boleh mencari alternatif lain.”
Nurmila Yusof, 23, pembantu kedai
“SAYA tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit lebih-lebih lagi andai sehari tiada telefon di sisi. Pada zaman yang mengagungkan teknologi maklumat (IT) ini, adalah sukar hidup tanpa sumber perhubungan seperti telefon bimbit.
“Telefon bimbit boleh diibarat nyawa kedua yang memudahkan urusan.”
No comments:
Post a Comment