Friday, April 24, 2009

TipS..TipS..EXaM



salam...disini aku nak berkongis lagi pasal exam..sbb skrng musim exam..erm..aku pun dok study ni..tapi tensen ade..bimbang ade..nak cepat abis pun ade..hahaha..kk..semoga tips ni bergune untuk kroang..aku amik tips ni kat PMSUPSI(UPSI nyer)..hehehe..

Tips peperiksaan


Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan

Tenang dan percayakan diri anda
Ingatkan diri anda bahawa anda
sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik

Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tanda kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda m
embaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin akan digunakan sebagai jawapan..

Jawab soalan secara strategik

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak.

Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar

Yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya
Mempunyai markah yang sedikit

Semasa menjawab soalan a
neka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan per
tama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.


Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang je
las, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebe
narnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pembelajaran itu salah satu proses untuk melangkapkan diri sebelum bertemu denganNya. Orang yang belajar akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga. Oleh itu manfaatkan segala peluang yang diberikan Allah ini.
1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah

“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45)

2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan
"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.
3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan
Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul.

4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 1000 dinar)

5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)

JADI>>GUDLUCK>>EXAM>>hehehe

No comments:

Live Love Hope DreAm wiTh You

Daisypath Anniversary tickers

AKu adaLah Aku

AKu adaLah Aku