Monday, June 17, 2013

Bahagiamu Derita Ku

Sahabat itu adalah lebih baik apabila sakit untuk bercinta..
Kadangkala hati tak bisa membohong..
andai itu takdirnya..ada hikmah juga disebaliknya,..
hanya kita berusaha untuk mendapatkan cinta..
tapi cinta itu milik ALLAH...
ALLAH memberikan cinta kepada kita..
insyallah andai jodoh itu dihadapan mata..
andai hati bertaut cinta..
biarlah cinta kerana ALLAH..
kerana cinta ALLAH selamanya....

Wednesday, June 12, 2013

Monday, June 10, 2013


best lagu nie..pesan cinta untukmu dariku

Bila Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Sunday, June 9, 2013

Toys R Us!!

Assalam readers..kowang penah dengar kedai Toy R Us tak?kedai yang 100% menjual alat permainan tak kira untuk kanak-kanak or org dewasa..aku yang berumur 26 (x tua sangat kan..huhu) pun baru jejak kan dalam kedai ni..ini semua adik aku la sebab die nak belikan toys untuk 2 org dak kenit buah hati kami skeluarga..najla and auni ;) kalau di Melaka kedai ini dekat 3rd floor Dataran Pahlawan bandar hilir..masuk je kedai rambang mata...haha..pusing-pusing cari toys..harga die jangan cakapla..tapi maybe kualiti dia ok..apa yang korang idamkan masa kecik semua ada la..aku pun naik pening nak pilih..haha..jadi aku follow je adik aku..n then adik aku pun pilih 1 set mainan untuk warna and 1 set mainan untuk menulis..kita kalau nak belikan mainan untuk kanak-kanak mesti sealiran dengan pembelajaran supaya otak mereka sentiasa genius ;) pastu bayar kat cashier siap ada potongan lagi tu..terbaek..jadi kalau kowang baca ni jangan lah kedekut sangat duit tu..sesekali belanja la anak-anak anda ;) but perlu memilih ;) layan gambar sikit la..








Friday, June 7, 2013

DIMA MITC

salam readers..hari ini hari jumaat..jadi hari yang sangat besttt sebab esok dah cuti..huhu..perjalanan hari ini sangat smooth..kerja pun tak banyak sebab kene configure wireless router untuk JKR Melaka Tengah..pastu waktu nak solat jumaat wat plan zamer ngan anep (member kamceng satu opis) g makan DIMA MITC..before that tunaikan kewajipan sebagai umat islam di masjid AL-Alami MITC..lama x pegy masjid tu since dah kerja JKR nie..pas tu gerak makan ke DIMA MITC..order Kabsa AYAM untuk 2org (aku n zamer) dan anep order zurbaijan..huhu...sedapp hingga menjilat jari..kenyang terus jadi malam ni kene diet..hahaha..pastu now aku selalu balik 4.30 disebabkan ayah aku ada keje kene la amik adik aku intan payung balik keje 5.30..hehe..k la kawan-kawan patik mengundur diri..tunggu entry seterusnya..huhu..

                                 anep yang sedang kelaparan dan zamer tengah call kekasih hati

quotes for today

Saya takkan mencintai orang yang mencintai saya tapi saya hanya akan mencintai orang yang diaturkan oleh Allah untuk menjadi makmum saya:)

fuhhh..berhabukkk

Salam semua...berhabuk sakan belog aku nie..haha..baru sekarang nak berbelog balik..sebab apa ek..buhsan kowt..untuk pengetahuan korang..aku sekarang sudah berpindah tempat kerja di Jabatan Kerja Raya Melaka as technician computer..back to basic..tak semestinya dah dapat degree kita x boleh bekerja dari bawah..step by step insyallah..btw kat sini aku dapat boss yang best..banyak ilmu aku dapat...member2x opis semua terbaekk..dah nak dekat setahun aku kat sini..rasa macam tak nak cari kerja lain tapi nak buat macamana..kene la pikir masa depan ;) dalam tahun nie je banyak perkara manis dan pahit aku rasa..itu lumrah kehidupan..nanti aku cite next post k..haha..kalau kowang nak baca la kan..


Monday, July 2, 2012

Iklankan Perniagaan Anda Di Melaka Hari Ini...

assalam readers...huhu...kali ni nak promote lak..untuk sesapa blogger di sekitar melaka..kalau ade company sendiri ke..atau apa2x la nak advertise..hubungi la saya atau kami dengan segera..iklan anda akan di publish di akhbar Melaka Hari Ini..ok..akhbar ini ada sepenuhnya dibawah Kerajaan Negeri Melaka..jadi sesapa la yang anak jati melaka tu..sokonglah akhbar negeri anda..akhbar Melaka Hari Ini adalah satu-satu akhbar kerajaan negeri yang pertama di Malaysia..bangga sangat ni jadi anak jati melaka..hehehe..semoga negeri melakaku ini semakin maju sampai ke puncakkkk...dengan slogan Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau ;)



Yang atas nie Rate Card untuk advertise iklan..berbaloi-baloi ;) Kalau nak murah leh amik Klassified (2cm x 4cm) RM 20 jeee :)

Yang ini lak akan dilancarkan setiap ahad dan di letakkan di hotel2x 

huhuhu..update blog????

assalam readers...huhu...update blog?biar betul..huhu..setelah sekian lama tidak update..hari ini saya merajinkan diri saya untuk mengupdate blog yang semakin usang nie..anda semua sihat?hehehe..saya tak berapa sihat hari ini...kedemaman la pulok..sekarang saya sudah bekerja dekat salah satu tempat menerbitkan akhbar MELAKA HARI INI..saya dibawah Unit Pembangunan Perniagaan MHI (mcm pembuat advertsing la tapi dlm akhbar)..my positiion sebagai Eksekutif Grafik..huhu...syukur alhamdulilah dah 2 bulan saya bekerja dan semuanya berjalan dengan lancar... ;) itu je la mau kongsi untuk kali ini..hope dunia semakin cerah untuk meniti kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini ;) bertemu lagi untuk ent3 senterusnya(kalau rajin la kut)..hahhahahahah... KAT BAWAH NI CONTOH IKLAN MELAKA HARI INI...JOM IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA ;)

Monday, January 16, 2012

2 0 1 2 !!!!

salam readers...alhamdulilah 2012sudah walauponnn sudah 16 hari..wakakakaka..lama gilo den x update blog..bukan setakat bersawang ni..dah bertelur pun spider yang buat sawang tue...huhu..nak buat cmner.. x der masa ar..bz sesangat praktikal..n now menghitung ari utk menamatkan praktikal dan habis study degree ;) sekarang lak ngah ghajin hntr resume kat semua company..huhu..harap-harap dalam banyak tu dapat la satu ye ;)melangkah 2012 dengan azam baru adalah untuk menguruskan diri yang tersdia gemok nie..aduii..semakin lama semakin 'SEHAT' aku nie..wakakaka..n then azam yang kedua mau cari duet lebihh..eheemmm....huhuhu..kahwin??hehehe nanti la dulu..blum masa nya lagi ;)k la..ni pun ng tunggu waktu solat subuh..papepun hope hidup n dunia korang sentiasaa happyyy dan jagn lupe mencari keredhaan ALLAH dalah hidupmu ;)

“A dream you dream alone is only a dream. A dream you dream together is reality.”

Thursday, August 11, 2011

Boy n Father ;)

Little boy and her father crossing a Bridge

Father said: Please hold my hand,

Boy: No dad, you hold my hand,

Father: Whats the difference?

Boy: If i hold your hand, may be i leave your hand in some difficulty,

But if you hold my hand, i am sure that you will not leave my hand,

♥ ♥ MAY ALLAH PROTECT OUR PARENTS ♥ ♥

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #1



saya sudah..andaaa bagaimana??

Just The Way U Are Versi Malay ;)

as salam semua...sekadar mau berkongsi..aku suke dengar lagu ini..x bosan walaupun beberapa kali dimainkan..hehe..sambil dengar sambil tersenyum sendiri di depan lappy..hahaha..suwittt lagu...love it <3


Tuesday, August 9, 2011

LOVE ♥

LOVE ♥

it'snt about ♥ KILLING ME SOFTLY ♥

it's about feeling me softly,

helping me softly,

holding me softly

talking 2 me softly,

& when U want 2 hurt me ,,

U hold Ur 'tears' softly

& hurting me QUICKLY!

Silently, Slowly, softly,

You make me insane ..

You came into my world with love so softly as U ..

So ..

softly now, let me be all that you can see ♥

pembaziran semasa puasa ;(

As salam semua...



lihat gambar diatas...kawan-kawan..saya tahu kawan-kawan lapar..tapi janganlah bila dah pergu bazaar ramadahan..jadi rambang mata pulak..just pilih 1@2 kuih dah mencukupi..dan 2 jenis lauk..sebab apabila kita dah berbuka nanti..makan sedikit pun terasa kenyang..btul x?jadi berpada-pada la membeli juadah untuk berbuka puasa..jangan membazir..kerana pembaziran itu amalan syaitan...disini saya mau berkongsi satu artikel yang diambil dari blog Ustaz Shauqi..jom kita meneliti segala pembaziran di bulan puasa .....

Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadhan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa.


Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, namun apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka seolah-olahnya ingin meng'qada' sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang yang ditinggalkan ketika berpuasa, lalu berlakulah pembaziran yang banyak. Terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Masyarakat seolah-olah berusaha untuk mengubah bulan puasa kepada 'bulan makan'! Sikap yang lebih pentingkan pesta menjamu selera pada bulan ini menyebabkan kesucian Ramadan sebagai bulan ibadat itu tidak dapat dihayati dengan sempurna.

Sebenarnya Islam tidak melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma Islam mengajar kita supaya berbelanja secara sederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar Ramadan secara yang berlebihan.


Sesuatu yang perlu disedari bahawa tabiat pembaziran yang berlaku dalam bulan Ramadhan menyebabkan puasa yang dilakukan menjadi sia-sia kerana tidak mencapai ketakwaan sebagaimana yang diharapkan. Masyarakat Islam perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak hingga mencapai tahap takwa kepada Allah. Antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan. Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menghindari amalan menjadikan Ramadan bulan untuk berpesta makan dan membeli-belah secara berlebihan.


Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27). Sayyid Qutb di dalam tafsirnya 'Fi Zilal al-Quran' menjelaskan bahawa Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah). Oleh itu, berbelanja secara berlebihan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir.

Rasulullah saw bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: “Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah, katanya: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (bersedekah) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari ).


Jelasnya, segala perbuatan yang menjurus kepada amalan pembaziran baik dalam apa bentuk sekalipun perlu dihindarkan. Tabiat merokok umpamanya merupakan salah satu pembaziran yang wajib ditinggalkan. Moga bulan Ramadhan tahun ini dapat mendidik jiwa perokok ke arah meninggalkan tabiat merokok agar pembaziran dapat dibasmi sama sekali.

Saturday, August 6, 2011

Saya Segak Berbaju Melayu

salam semua..buhsan kan??huhu..kalau jadi blogger..untuk menghilang bosan kena lah menjengah blog bloger yang lain..n aku tersapa dengan entri di blog KUCING yang membuat contest Contest Baju Melayu & Baju Kurung




inilah banner contest sila KLIK disini untuk menyertai contest ;) jommmm!!!!



inilah gambar aku berbaju melayu yang segak (ye kowt..huhu)..gambar ini diambil semasa raya pertama tahun lepas di mahligai rumahku syurgaku ;)..memang selepas solat sunat aidilfitri..kami sekeluarga akan mengambil gambar kenangan..tapi ini gambar syok sendiri laa..heeee...


second gambar candid wif my siblings ;)


P/s: thanx encik Blog kucing wat contest ini and GUD LUCK bloger2x yang lain..selamat hari raya(oppssss baru puasa ke 6..heeee)

2# Video Harapan Ramadhan



Friday, August 5, 2011

Kasih Alia ;)



salam..ada sesiapa tengok citer niee..angkat tangan cepatt..hehehe..citer ni baru je start isnin aritu..jalan cerita die best sebab bnyk pengajaran dlm citer nie..agi pun layan jerrr...kalau kowang x caya..ce tgk nanti yerr...isnin sampai khamis..7-8 malam ;) (psstttt...jgn lewatkan solat maghrib lak sbb kalau terlepas leh tgk kan tonton :)..jom tgk promo citer niee ;)



“Kasih Alia” nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.

salam jumaat..

salam...ermm kejap je sudah hari jumaat..masa terus berlalu tanpa kita sedari..semakin cepat waktu berlalu..semakin meningkat umur kita di dunia ini..dan hari ini adah puasa yang ke-5..alhamdulilah kerana aku berada di dalam bulan ramadhan...ini pun baru je balik dari masjid telok mas..hehehe..ramai jemaah hari ini..alhamdulilah..tetapi kan kat sini aku nak kongsi perilaku jemaah yang membawa anak-anak ke masjid..memangla kita perlu didik anak-anak kecil ini ke masjid..tapi bila di masjid perlu dipantau juge..ini tidak...membuat bising apabila imam membaca khutbah..ermm bukan mau disalahkan tetapi tolonglaa beritahu anak anda adab ketika ke masjid..insyallah..melentur buluh biar dari rebungnya..hehehhe..ini hanyalah pandangan sahaja ;)

P/s : dan jangan lupa rapatkannn saf ;)

Live Love Hope DreAm wiTh You

Daisypath Anniversary tickers

AKu adaLah Aku

AKu adaLah Aku